Pada tahun 1980an kamera segera merupakan kamera yang agak popular tetapi selepas terciptanya kamera filem manual dan juga kamera digital, kamera polaroid mengalami kejatuhan dan tidak lagi digunakan. Tetapi baru-baru ini kamera segera telah menjadi trend semula dan mula menambat hati pencinta gambar dan pengumpul kamera vintaj. Di Malaysia, kita ada trend hipster, hijabster dan banyak lagi. Selain itu kamera DSLR juga menjadi trend remaja dan juga mereka yang gila gambar! Terbaharu kamera polaroid dan instax telah mula menambat hati para pencinta gambar bercirikan kesan-kesan khas seperti yang terdapat pada aplikasi seperti Instagram.
Untuk artikel In Trend kali ini, kami
telah menemubual pemilik kedai kamera The Click Shop, Encik Edmund Li
untuk berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai instant camera atau kamera segera. Untuk pengetahuan semua, The Click Shop
menjual kamera yang menggunakan filem seperti kamera 35mm, 110mm, 120mm
, kamera instant seperti Polaroid dan juga Instax, kamera vintaj dan
kamera yang tidak terdapat di kedai kamera biasa.
1. Perbedaan kamera Polaroid, Instax Fujifilm dan kamera filem Lomography
Kamera Polaroid dan Instax dari Fujifilm merupakan kamera segera atau instant camera
manakala kamera filem pula terdiri daripada kamera Lomography, Holga,
Superheadz, Fuuvi dan lain-lain. Ramai yang mungkin keliru dengan kamera
Polaroid dan Instax Fujiflm. Sebenarnya Polaroid dan juga Instax
merupakan jenama kamera segera dan menggunakan instant film/ filem segera
yang agak berbeza dengan kamera filem Lomography yang menggunakan filem
jenis positif untuk mengasilkan gambar dan ianya perlu dicuci. Kamera
Instax mempunyai pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s, 50s ( gambar
bersaiz 1 keping kad kredit ) dan juga Instax 210 ( Saiz gambar 2
keping kad kredit ). Kamera Instax dan Polaroid menggunakan kuasa bateri
alkali.
Kamera Instax dihasilkan oleh syarikat gergasi Fujifilm dan mempunyai
pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s dan 50s berbeza dari segi
fungsi iaitu 7s hanya mempunyai fungsi asas seperti flash, 25s pula
mempunyai fungsi tambahan seperti 2 butang shutter untuk gambar potrait
dan landscape, cermin untuk mengambil gambar sendiri dan juga close-up
lens. Untuk Instax Mini 50s, selain dari fungsi yang dinyatakan sebelum
ini ia turut mempunyai fungsi self-timer dan juga exposure control.
Manakala Instax 210 ia mempunya fungsi seperti exposure control, self
shoot mirror, close-up lens dan gambar yang dihasilkan juga lebih
besar.
Kamera Polaroid merupakan kamera instant terawal yang dihasilkan oleh
syarikat Polaroid Corporation dan mempunyai lebih dari 100 jenis kamera.
Selepas diisytiharkan bangkrap pada tahun 2001, mereka berhenti menjual
kamera Polaroid pada tahun 2007 dan filem Polaroid pada tahun 2009.
Tetapi sejak Mac 2012, kamera Polaroid vintaj sekali lagi telah menjadi
popular dan boleh didapati di pasaran, kerana ia telah dibangunkan
kembali oleh kumpulan yang diberi nama The Impossible Project yang
diketuai oleh Dr. Florian Kaps dan mereka membangunkan Polaroid di bekas
kilang pengeluaran kamera Polaroid di Enschede, Belanda.Kamera filem seperti Lomography, Holga menggunakan filem yang agak
berbeza dengan kamera filem biasa dimana kamera filem biasa menggunakan
filem jenis negatif manakala kamera Lomography menggunakan filem
positif. Bahan kimia yang digunakan untuk mencuci gambar juga berbeza
dimana filem negatif biasa menggunakan bahan kimia C41 manakala filem
positif menggunakan bahan kimia E6. Di Malaysia, kedai gambar biasanya
menggunakan teknik cross process dimana mereka mencuci filem
Lomography menggunakan bahan kimia C41 seperti yang digunakan untuk
filem negatif biasa. Tetapi kebanyakkan kedai tidak menyediakan
perkhidmatan ini.
2. Harga kamera
Harga kamera bergantung kepada fungsi
dan jenis kamera. Untuk pengguna yang baru dan mahu berjinak-jinak
dengan instant camera, anda digalakkan membeli kamera Instax Fujifilm
kerana ianya lebih mudah digunakan dan harganya lebih murah.Harga kamera
Polaroid adalah lebih mahal kerana gambar yang dihasilkan mempunyai
efek yang lebih menarik dan juga kualiti filem gambarnya lebih tebal
dari filem Instax Fujifilm.