Minggu, 10 November 2013

Memnentukan Isi atau Filem kamera Polaroid

Kualiti filem kamera Polaroid lebih tebal dan pengguna boleh memanipulasi efek pada gambar ( double picture dan lain-lain )  jika telah mahir menggunakan kamera mereka. Tetapi perlu diingatkan filem untuk kamera Polaroid lebih sensitif dari filem kamera Instax dan perlu dijaga dengan baik untuk memastikan gambar tidak pudar dengan cepat. Selepas mengambil gambar, anda perlu tunggu sehingga 30 minit untuk setiap keping gambar Polaroid menjadi sempurna manakala gambar Instax pula hanya perlu tunggu 1 minit hingga 5 minit untuk mendapat gambar yang sempurna. Harga filem juga berbeda dimana harga filem untuk kamera Instax lebih murah berbanding kamera Polaroid.
 

Instax Mini ( setiap kotak mengandungi 10 keping gambar ) : RM 25 – RM30 manakala Instax 210 ( setiap kotak mengandungi 10 keping gambar ) : RM 35 – RM 40. Saiz gambar Instax Mini bersamaan dengan saiz 1 kad kredit manakala Instax 210 dua kali ganda saiz gambar Instax Mini. Anda digalakkan membeli 2 kotak sekaligus kerana kebanyakkan kedai akan memberi diskaun seperti RM50 untuk pembelian 2 kotak filem.
Bagi filem Polaroid pula harganya lebih mahal iaitu RM85 bagi setiap 1 kotak filem yang mengandungi 8 keping gambar dan harganya lebih mahal bergantung pada jenis filem yang anda mahu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar