- Untuk filem kamera Polaroid, anda tidak boleh mendedahkan gambar pada cahaya matahari terlalu lama kerana ia akan menyebabkan gambar cepat pudar.
- Simpan filem kamera Polaroid di tempat yang sejuk seperti di dalam peti ais untuk membuatkan ia tahan lebih lama.
- Keluarkan bateri dari kamera jika anda tidak menggunakan kamera supaya kamera tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
- Untuk filem Polaroid, selepas mengambil gambar anda perlu menutup gambar dari sinaran cahaya matahari iaitu dengan menterbalikkan gambar dan biarkan sehingga 30minit sehingga gambar siap.
- Jangan goncang gambar selepas ia keluar dari kamera. Ia akan menyebabkan gambar rosak dan gambar yang dihasilkan tidak siap dengan sempurna.
- Jangan mengharapkan keputusan yang menakjubkan dari setiap gambar. Keindahan gambar Polaroid dan Instax adalah ianya tidak sempurna seperti gambar dari kamera digital.


itu tadi tips yang dapat saya berikan semoga bermanfaat ^^
http://www.wanista.com/2012/09/in-trend-info-mengenai-kamera-polaroid-dan-instax/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar